Ada seorang hamba sahaya yg bernama Tsauban dan dia terlalu amat menyayangi dan mencintai Rasulullah.Setiap waktu yg berlalu jika boleh ia mahu bersama Rasulullah.Jika tidak bertemu Rasulullah dia akan merasa sedih,murung dan adakalanya ia akan menangis.Demikian juga dengan Rasululllah yg amat sayang sekali kepadanya kerana imannya yg tidak berbelah bagi kepada baginda.Suatu hari ia telah datang mengadu kepada Rasulullah dalam keadaan sayu katanya,"Wahai Rasulullah! Aku sebenarnya tidak sakit,tetapi hatiku merasa amat sedih sekali jika tidak dapat bertemu denganmu dan bila dah bertemu hatiku merasa amat gembira sekali." "Bila mengingatkan akhirat hatiku bertambah cemas lagi kerana memikirkan kalau-kalau aku tidak dapat berjumpa denganmu buat selama-lamanya.Ini kerana kedudukkanmu yg tinggi disisi ALLAH S.W.T. serta di samping sekalian para nabi-nabi.Manakala aku sekiranya ditaqdirkan masuk syurga sekalipun,pastinya tempat aku adalah di tempat paling bawah sekali,dan bagaimana pula nasibku jika tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung,sudah tentu aku tidak akan dapat bertemu denganmu." Rasulullah mendengar ratapan dan rintihan Tsauban dengan penuh perasaan sayu tetapi baginda sendiri tidak dapat berbuat apa-apa kerana soal akhirat adalah urusan ALLAH.Setelah itu turunlah wahyu kepada Rasulullah antara maksudnya, "Barang siapa yg taat kepada ALLAH serta RasulNYA maka mereka itu nanti akan berseta dengan orang-orang yg diberi nikmat oleh ALLAH iaitu berserta dengan para nabi,orang yg mati syahid,orang yg soleh dan orang yg sebaik-baik teman." Mendengarkan wahyu ini Tsauban menjadi gembira semula.