Pada hari kiamat nanti ALLAH akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia iaitu;
1. ALLAH menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata, "Kekayaan yg aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan." Firman ALLAH kepadanya, "Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia tidak sedikit pun lalai dan lupa dari mengingati AKU."
2. ALLAH menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata, "Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yg menjadikan aku tidak bebas.Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMU." Firman ALLAH kepadanya, "UtusanKU yg bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKU."
3. ALLAH menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata, "Kemiskinan dan kekurangan yg kami miliki inilah yg menyebabkan kami tidak berpeluang beribadat kepadaMU." Firman ALLAH kepadanya, "Kemiskinan yg kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana utusanKU iaitu Nabi Isa a.s. dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggung jawabnya kepadaKU."
4. ALLAH menolak alasan dari orang yg sedang menderita sakit sekiranya ia berkata. "Penyakit inilah yg menghalang aku dari melaksanakan sujud terhadapMU." Firman ALLAH kepadanya, "Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti apa yg dialami oleh hambaKU yg mulia iaitu Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikitpun tidak berhenti dari menyebutkan akan namaKU."