Seluruh usia muda Imam Ghazali dihabiskan dengan menuntut ilmu dari beberapa orang tokoh ulamak yg terkenal pada zamannya.Segala nota dan ilmu catitan yg dipelajarinya selama ini disimpan dengan baik-baik dalam satu beg.Masanya untuk pulang ke kampung halaman sudah tiba dengan membawa sekali beg yg berisi nota-notanya.Dalam perjalanan pulang ini,kafilahnya telah diserang oleh perompak.Setiap bungkusan,karung dan juga beg akan diperiksa.Tiba giliran Imam Ghazali,lalu ia berkata, "Kamu boleh ambil apa sahaja yg kamu mahu,tetapi jangan ambil beg ini." Para perompak mengesyaki sesuatu yg berharga di dalamnya lalu merampas beg tersebut dan menyelongkarnya.Apa yg mereka dapati hanyalah helaian kertas yg tidak berharga dan merasakan diri mereka telah ditipu."Apakah ini dikatakan barang berharga bagimu,apa yg akan kamu lakukan dengan kertas buruk ini?"Soal ketua perompak,"Ini adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini,semua catitan ini aku ambil dari guruku.Jika kamu rampas nota-nota,maka hilanglah ilmu yg aku pelajari selama ini."Jawab Imam Ghazali."Jika begitu kamu adalah orang yg paling bodoh,catitan yg kamu tulis itu bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami,mengingati serta menghafalnya.Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini,bagaimana keadaanmu? Ini bererti ilmumu dapat dicuri."Balas ketua perompak,Imam Ghazali terpegun mendengarkan hujah yg tepat dari seorang ketua perompak yg baik hati.Mulai dari saat inilah Imam Ghazali menghafal kembali segala ilmu-ilmunya dan dimasukkan ke dalam ingatannya.Selepas ini tiada siapa lagi yg boleh mencuri ilmunya.