FORUM JOM!!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM JOM!!

Horoskop
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 IMAM ABU HANIFAH - ( 80-150 H / 699-767 M )

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin



Number of posts : 47
Registration date : 2007-07-10

IMAM ABU HANIFAH - ( 80-150 H / 699-767 M ) Empty
PostSubject: IMAM ABU HANIFAH - ( 80-150 H / 699-767 M )   IMAM ABU HANIFAH - ( 80-150 H / 699-767 M ) Icon_minitimeThu Jul 19, 2007 8:28 am

Abu Hanifah An Nukman b. Tsabit b. Zufi'at At Tamimi adalah pengasas mazhab Hanafi.Beliau dilahirkan di Kufah pada masa pemerintahan Al Khalid b. Abd Malik.Sejak dari kanak-kanak lagi beliau telah mengkaji dan menghafal Al Quran.Untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya tentang Al Quran,beliau telah berguru dengan Imam Abu A'sim iaitu seorang ulamak yg terkenal pada waktu itu.Beliau juga mempelajari ilmu Fiqh dari sahabat-sahabat nabi seperti dari Anas b. Malik,Abdullah b. Aufa,Abu tufail b. Amir dan ramai lagi.Dari sahabat-sahabat ini juga beliau mempelajari ilmu hadis.Beliau sangat tekun dalam mempelajari ilmu contohnya,beliau pernah belajar ilmu Fiqh dari seorang ulamak yg terkenal pada waktu itu iaitu Humad b. Abu Sulaiman tidak kurang dari 18 tahun lamanya.10 tahun selepas kematian gurunya ( 130H ) beliau berangkat ke Mekah pula.Disana beliau telah berguru dengan salah seorang murid Abdullah b. Abbas r.a. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang yg sangat dalam ilmunya,ahli zuhud,tawaduk dan sangat teguh memegang ajaran agama.Beliau tidak tertarik kepada jawatan rasmi kerajaan dengan sebab itu beliau pernah menolak jawatan hakim yg ditawarkan oleh Khalifah Al Mansur.Diriwayatkan kerana penolakannya itu beliau kemudiannya dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya.Beliau wafat pada usia 70 tahun dan dimakamkan di perkuburan Khirza.Pada tahun 450 H / 1066 M didirikan sebuah sekolah agama yg dinamakan Jami' Abu Hanifah.Di antara kitab karangan beliau seperti Al Musu'un,Al Makha'rij dan Fiqh Akhbar.
Back to top Go down
https://nadinasa.forumotion.com
 
IMAM ABU HANIFAH - ( 80-150 H / 699-767 M )
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» IMAM GHAZALI BERGURU DARI PEROMPAK

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM JOM!! :: Your first category :: KISAH & TAULADAN..!-
Jump to: