Pasangan suami isteri yg hidup selama ini dengan aman bahagia tiba-tiba hubungan mereka menjadi keruh hanya disebabkan oleh beberapa biji buah kurma.Kisahnya bermula pada suatu hari sedang mereka berdua menikmati kelazatan buah kurma,tiba-tiba berkata si suami kepada isterinya, "Asingkan biji-biji kurma yg aku makan dengan yg engkau makan kepada dua bekas,jika tidak engkau akan aku ceraikan>" Ucapan ini amat memeranjatkan si isteri.Ia dengan segera cuba mengasingkan biji-biji tersebut kepada dua bekas.Usaha ini tidak berjaya kerana si isteri tidak dapat mengenali dengan jelas,biji yg mankah dimakan olehnya dengan suaminya.Dalam situasi ini timbullah penyesalan pada diri si suami kerana telah terlanjur melafazkan perkataan 'cerai' terhadap isterinya,sedangkan ia tahu hal itu adalah mustahil bagi isterinya melakukan.Setelah menemui jalan buntu,lalu kedua=duanya pergi bertemu dengan Saiyidina Ali r.a. "Hal ini senang saja." Kata Saiyidina Ali r.a. "Kamu kumpulkan semula biji-biji kurma itu menjadi satu longgok,kemudian kamu asingkannya semula kepada dua longgok yg berjauhan dan katakan," "Longgok ini yg aku makan dan itu longgok yg engkau makan.Kamu tidak perlu membezakan antara biji-biji itu kerana suamimu hanya menyuruh mengasingkannya saja bukan menyuruh kamu membezakannya." Tambah Saitidina Ali r.a. Jawapan ini amat mengembirakan semula pasangan ini.Kebijaksanaan Saiyidina Ali telah menyelamatkan keruntuhan rumah tangga pasangan tersebut.