Ulamak sufi Syaqiq Al Balkhi pernah bertanya kepada Khalifah Harun Ar Rasyid yg memimpin Dulah Bani Abbasiah,katanya, "Wahai Khalifah! Sekiranya tuan hamba sedang berada di tengah padang pasir yg luas terbentang dengan kepanasan yg membakar kulit serta merasa kehausan yg amat sangat.Jika tuan tidak mendapat minuman sudah semestinya akan membawa kepada kebinasaan.Tiba-tiba datang seseorang yg menawarkan seteguk air,berapakah tuan sanggup bayar untuk air itu?". "Apa saja yg dikehendaki olehnya,aku akan bayar." Jawab Khalifah Harun. "Jika orang itu meminta separuh dari kerajaanmu,bagaimana?". "Aku akan penuhi permintaannya itu." Jawab Khalifah."Baiklah,sekarang Khlifah telah selamat dari maut kerana mendapat seteguk air.Seandainya air yg Khalifah minum itu tiba-tiba tidak boleh keluar (buang air kecil) dan jika dibiarkan akan menyebabkan penyakit yg membawa kepada maut.Lalu datang sseorang pakar yg sanggup mengubatinya tetapi ia juga meminta bayaran yg sangat tinggi seperti separuh dari kerajaanmu yg masih ada,adakah Khalifah akan setuju?" Soal Syaqiq.Jawab Khalifah,"Tentu aku setuju." Kata Syaqiq,"Sekarang Khalifah telah tahu nilai kerajaan yg Khalifah tadbir sekarang ini hanyalah boleh dibeli dengan seteguk air,jadi kenapa kita mesti bermegah dengan kemewahan serta kekayaan yg kita miliki,sedangkan pada sisi ALLAH ia tidak memberi apa-apa makna pun.Bukankah besar dan mahalnya nikmat kesihatan yg dianugerahkan oleh ALLAH kepada setiap makhlukNYA,oleh itu jadilah hamba yg bersyukur."