SELEPAS BERJAYA MENCURI TIGA EKOR AYAM.SEORANG PENCURI SEGERA PERGI MENDAPATKAN SEORANG PEMBELI AYAM.
"Saya hendak menjual ayam-ayam ini."
Katanya.
"Dari mana kamu dapat?"
Tanya si pembeli ayam.
"Saya mencurinya,"
Jawab pencuri itu.
"Tidakkah kamu tahu mencuri itu salah si sisi undang-undang dan berdosa di sisi agama?"
"Saya tahu."
Jawab si pencuri.
"Sebab itulah saya tak mahu simpan ayam-ayam ini."