Diriwayatkan semasa Abu Yazid Taifur b. Isa Surusyan Al Bustami (Beliau adalah seorang sufi di lahirkan di Bahagian Timur Laut Parsi.Beliau wafat di kota kelahirannya pada tahun 264 H bersamaan 877 M) masih kanak-kanak dan pada suatu malam bila ia terkejut dari tidurnya,ia melihat ayahnya sedang mengerjakan solat.Bertanya ia kepada ayahnya, "Bagaimana cara untuk mengambil wuduk,tunjukkilah aku,aku ingin solat bersama ayah." Jawab ayahnya, "Wahai anakku! Engkau masih kecil dan belum mengerti apa-apa lagi,adalah lebih baik engkau pergi masuk tidur dahulu." "Baiklah ayah! Tetapi di hari kiamat kelak ayah pasti tidak akan terlepas dari keputusan Tuhan." "Keputusan apa?" Tanya ayahnya terpinga-pinga.Balas anaknya,"Saya akan mengadu pada Tuhan,wahai Tuhanku!aku meminta ayahku mengajari aku megambil wuduk tetapi sebaliknya ia menyuruh aku menyambung tidur kembali kerana menyangkakan aku ini masih terlalu kecil lagi." "Jangan nak,Demi ALLAH aku akan mengajar kamu cara berwuduk dan selepas itu kita akan menunaikan solat sunat bersama-sama." Pintas ayahnya.