Dari sebuah kitab diceritakan bahawa telah datang Iblis kepada Nabi Musa a.s. lalu berkata, "Wahai Musa! Engkau adalah satu-satunya nabi yg boleh bercakap terus kepada ALLAH.Tolong sampaikan kepadaNYA yg aku ingin memohon taubat dariNYA." Maka berdoalah Nabi Musa kepada ALLAH bagi pihak Iblis kemudian ALLAH pun menueunkan wahyunya, "Wahai Musa! Katakan kepada Iblis bahawa AKU sedia mengampunkannya tetapi denga satu syarat iaitu dia mestilah tunduk dan sujud terlebih dahulu di kubur Nabi Adam." Nabi Musa pun segera memberitahu Iblis.Jawab Iblis dengan sombong dan bongkak, "Wahai Musa! Semasa di syurga lagi aku tidak pernah sujud padanya,apatah lagi bila ia sudah mati." Begitulah keangkuhan serta kedegilan Iblis walaupun ia tahi sifat api neraka itu. Di akhirat kelak akan dikenakan siksaan ke ata Iblis dengan seberat-berat siksaan yg ada.Kemubdian dikatakan lagi kepadanya, "Wahai Iblis! Sesungguhnya Nabi Adam berada di dalam syurga maka pergilah kamu sujud kepadanya dan semoga kamu akan diampuni." Iblis tetap menolak peluang yg ALLAH berikan kepaanya lalu digandakan lagi siksaan ke atasnya sebanyak 70,000 kali ganda dari penghuni neraka yg lain.Riwayat dari sebuah hadis bahwa ALLAH s.w.t. akan mengeluarkan Iblis dari neraka setiap 1000 tahun sekali lalu diperintahkan kepadanya agar sujud kepaa Adam namun ia tetap ingkar.Maka dikembalikan lagi Iblis ke dalam neraka untuk merasai azabnya buat selama-lamanya.