Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas hijrah.Ketika diturunkan ianya telah diiringi oleh beribu para malaikat,ini kerana kebesaran dan kemuliaannya.Iblis dan syaitan telah menjadi gempar kerana adanya alamat yg bakal menjadi perintang kepada perjuangan mereka.Serentak dengan penurunan ini Rasulullah s.a.w. segera memerintahkan Zaid b. Tsabit menulis dan menghebahkannya.Sesiapa yg membaca ayat Kursi dengan penuh khusyuk setiap kali lepas solat,setiap waktu pagi mahu pun petang,setiap kali hendak tidur,setiap kali hendak keluar bermusafir,setiap kali bila masuk ke pasar dan setiap kali bila mahu melakukan apa-apa kerja sekalipun InsyaALLAH,ALLAH akan mengamankan kita dari segala godaan iblis mahupun syaitan serta segala kuncu-kuncunya.Dapat menolak kejahatan manusia dan menghindari dari kebuasan binatang yg membahayakan,akan terpelihara dirinya serta keluarganya dan harta bendanya dengan kehendak ALLAH s.w.t.Mengikut huraian dari Kitab Asrarul Mufiidah,bagi sesiapa yg mengamalkan membacanya sebanyak 18 kali sehari,maka ALLAH akan menghidupkan hatinya dengan jiwa Tauhid,dibukakan pintu hatinya dengan berbagai hikmat,dimudahkan rezekinya,dinaikkan martabatnya,diberikan pengaruh kepadanya sehingga semua orang akan menghormatinya serta akan dipelihara olae ALLAH setiap masa dari segala malapetaka dan bahaya.