Seorang lelaki dari umat Nabi Musa suka melakukan kerja-kerja fasik dan tercela.Penduduk kampung itu sudah tidak tahan lagi dengan sikap dan perbuatannya lalu mengadu kepada Nabi Musa.Berdoalah Nabi Musa kepada ALLAH s.w.t. setelah buntu untuk mengatasi masalah lelaki ini.ALLAH pun mewahyukan kepada Nabi Musa agar lelaki ini di buang daerah dan di bawa ke tempat yg sunyi yg tiada berpenghuni.Setelah beberapa hari lelaki ini tinggal bersendirian tiba-tiba lelaki ini di serang penyakit.Oleh kerana ia keseorangan dan tiada siapa untuk pergi mengadu maka mengadulah ia kepada ALLAH katanya, "Ya Tuhanku! Jika ibuku ada disisiku sudah pasti ia tetap menyayangiku dan jika ayahku sudah tentu ia akan menolong memandikan dan mengkafankanku." "Jika isteriku berada bersamaku sudah tentu bercucuran air matanya melihat saat-saat perpisahan aku dengannya dan jika anak-anakku juga bersama sudah tentu mereka akan berdoa buatku." "Ya ALLAH! Ampunilah segala dosa ayah kami,sesungguhnya dia di dalam keadaan putus asa tetapi janganlah ENGKAU putuskan RahmatMU darinya." Selesai dari pengaduannya ini maka lelaki ini pun mati.ALLAH pun mewahyukan kepada Nabi Musa, "Wahai Musa! Pergilah kamu ke tempat pembuangan lelaki dulu kerana di sana ada seorang waliKU telah meninggal."Bila tiba di sana Musa melihat ada bidadari serta malaikat sedang mengelilingi sesuatu.Setelah Musa melihat lelaki yg dimaksudkan ini ia menjadi hairan lalu bertanya kepada ALLAH, "Bukankah lelaki ini yg ENGKAU murkakan dulu?" Firman ALLAH, "Benar wahai Musa tetapi AKU amat kasihan kepadanya kerana rintihan penderitaannya sedang ia berjauhan daripada keluarga pula.Oleh itu AKU kirimkan bidadari dan juga malaikat untuk menghiburkan hatinya.Wahai Musa! Jika seseorang yg tidak berkeluarga mati maka semua penghuni langit dan bumi akan sama-sama bersedih kerana kasihan kepadanya.Sebab itu bagaimana mungkin AKU tidak kasihan kepadanya sedangkan AKU lah Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang dari segalanya."