FORUM JOM!!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM JOM!!

Horoskop
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 PENTINGNYA KAWALAN GEJALA ASMA...

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin



Number of posts : 47
Registration date : 2007-07-10

PENTINGNYA KAWALAN GEJALA ASMA... Empty
PostSubject: PENTINGNYA KAWALAN GEJALA ASMA...   PENTINGNYA KAWALAN GEJALA ASMA... Icon_minitimeFri Jul 13, 2007 1:38 pm

PADA MASA KINI,PENYAKIT ASMA TELAH MEMBERI KESAN TERHADAP 300 JUTA MANUSIA DI SELURUH DUNIA.SETIAP TAHUN KIRA-KIRA 180,000 KEMATIAN DISEBABKAN OLEH ASMA DAN KEMATIAN TERTINGGI DIJUMPAI DI ASIA PASIFIK.DI ASIA,KESAN YG DIBAWAKAN OLEH ASMA AMAT KETARA DENGAN KADAR KEMATIAN AKIBAT ASMA ADALAH ANTARA YG TERTINGGI DI DUNIA.PENULARANNYA DIJANGKA BERTAMBAH BURUK.DIUNJURKAN KIRA-KIRA 100 HINGGA 150 JUTA ORANG LAGI AKAN AKAN MENGHIDAP ASMA MENJELANG 2025.

Kajian telah menunjukkan bahawa kawalan asma yg tidak sempurna mungkin juga disebabkan oleh sikap pesakit dan doktor yg memperkecilkan keterukkan yg boleh disebabkan oleh penyakit asma.Asma yg tidak dikawal boleh menghadkan kualiti hidup pesakit dan juga ahli keluarga mereka.Asma merupakan penyakit gangguan radang saluran pernafasan yg kronik.Radang kronik ini berkait rapat dengan tindak balas melampau saluran udara yg membawa kepada keadaan termengah-mengah,sukar bernafas.dada seakan padat dan batuk-batuk terutamanya pada waktu malam atau awal pagi.

PENYEBAB ASMA;
Para saitis sebenarnya tidak memahami punca sebenar penyebab asma,walaupun asma selalunya boleh didianogsis terhadap ahli keluarga sama dan terdapat faktor risiko yg dikenal pasti berkaitan dengan keadaan tersebut.Atopik atau reaksi alahan kuat amat biasa merupakan faktor risiko yg dikenal pasti berlaku dengan ahli keluarga lain.Pendedahan terhadap bahan penyebab alahan dan bahan kimia sensetif juga merupakan kunci faktor risiko semenjak saluran udara pesakit asma yg radang amat sensetif terhadap pelbagai pencetus alahan.Sesetengah faktor pencetus boleh menyebabkan simptom-simptom asma dengan serta merta.sementara yg lain boleh membawa kepada pembangunan simptom-simptom secara beransur-ansur.

PENCETUS ASMA;
Pencetus asma ini termasuklah;
1. Bahan penyebab alahan atau alergen seperti binatang peliharaan,debunga,kulat dan sesetengah makanan.
2. Jangkitan virus seperti flu.
3. Peradang seperti asap rokok,pencemaran udara dan bau cat.
4.Perubahan cuaca seperti udara sejuk dan kejatuhan tiba-tiba suhu.
5. Pencetus di tempat kerja seperti habuk kayu,tepung,bahan kimia industri,gam.
Ubat seperti aspirin,penghalang beta dan ubat anti radang bukan steroid yg lain.
6. Tekanan emosi seperti kegelisahan,stres dan kegembiraan melampau.
7. Makanan dan bahan pengawet makanan.

Faktor-faktor yg boleh membawa kepada peningkatan pengaruh untuk mengalami asma termasuklah;
1. Pencemaran udara di dalam dan luar rumah.
2. Jangkitan pernafasan.
3. Saiz kecil ketika dilahirkan.
4. Merokok secara pasif dan aktif.Asap rokok mengandungi lebih daripada 4,500 bahan kimia yg boleh menyumbang kepada pembentukan asma.Kanak-kanak amat terdedah kepada perokok pasif.
5. Jantina.Sebelum umur 14 tahun,prevalen penyakit asma sama banyak antara lelaki dan wanita.
6. Kegemukan.
7. Pemakanan.

SIMPTOM-SIMPTOM ASMA;
Asma boleh berbeza dari segi keterukan.Jadi sesetengah pesakit kadangkala mengalami simptom-simptom biasa secara sederhana,sesetengah pesakit pula boleh menjadi sukar untuk bernafas dan berjalan.Asma boleh memberi kesan kepada semua kumpulan umur dan boleh muncul buat pertama kalinya dalam semua kumpulan umur dan boleh juga berubah seiring dengan masa.

Simptom-simptom asma boleh muncul dan hilang dengan segera.Sebagai contoh;
1. Keadaan termengah-mengah yg berulang dan mengeluarkan bunyi seakan bersiul nyaring apabila bernafas.
2. Batuk yg memberi masalah terutamanya pada waktu malam atau ketika tersedar dari tidur.
3. Masalah pernafasan semasa musim-musim tertentu.
4. Batuk-batuk atau termengah-mengah selepas aktiviti fizikal termasuklah berlari atau senaman lain.
5. Rasa sejuk pada dada yg mengambil masa lebih daripada 10 hari untuk sembuh.

GARIS PANDUAN URUS DAN CEGAH ASMA;
Awal januari 2007 lalu,Gabungan Pesakit Asma Asia (AAPC),rangkaian penghidap dan kumpulan pesakit asma seluruh Asia yg pertama telah dilancarkan bagi mendidik penghidap asma dan keluarga mereka untuk mengawal gejala asma mereka dengan lebih baik dalam jangka panjang dan seterusnya membantu meringankan beban asma yg semakin menular di Asia.Salah satu tindakan pertama AAPC ialah untuk mengiktiraf Ujian Kawalan Asma (ACT) yg menilai kawalan gejala asma dan memberi doktor maklumat tambahan yg membantu mereka membuat keputusan mengenai rawatan.Pentingnya kawalan gejala asma juga diperlihatkan menerusi garis panduan global yg baru dipinda begi pengurusan dan pencegahan asma.Garis panduan ini dilancarkan oleh Inisiatif Global bagi Asma (GINA).Orang ramai boleh melayari laman web APPC iaitu www.asianasthma.org begi mengetahui tentang kawalan penyakit asma ini.
Back to top Go down
https://nadinasa.forumotion.com
 
PENTINGNYA KAWALAN GEJALA ASMA...
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM JOM!! :: Your first category :: PENYAKIT....-
Jump to: