FORUM JOM!!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM JOM!!

Horoskop
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 3 PANTANGAN CIPTA RUMAH TANGGA HARMONIS

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin



Number of posts : 47
Registration date : 2007-07-10

3 PANTANGAN CIPTA RUMAH TANGGA HARMONIS Empty
PostSubject: 3 PANTANGAN CIPTA RUMAH TANGGA HARMONIS   3 PANTANGAN CIPTA RUMAH TANGGA HARMONIS Icon_minitimeFri Jul 13, 2007 12:45 pm

SEMUA PASANGAN SUAMI ISTERI MENGINGINKAN RUAH TANGGA YG HARMONIS.TAPI WALAUPUN IA MENJADI HARAPAN SETIAP PASANGAN TAK RAMAI SEBENARNYA TAHU BAGAIMANA UNTUK MEMPEROLEHINYA...

Cara menjaga keharmonian rumah tangga sebenarnya cukup mudah.Senarainya tidak panjang cuma perlu mengelakkan tiga pantangan berikut.Tiga pantangan ini sebenarnya seringkali dilakukan oleh pasangan suami isteri tanpa menyedari bahawa perilaku tersebut perlahan-lahan menggugat keharmonian rumah tangga mereka.

1. SERING MARAH-MARAH;
Dalam perkahwinan pasti ada sesuatu yg membuatkan anda berasa kesal,sakit hati,kecewa ataupun terkilan.Ia boleh jadi sikap pasangan anda sendiri ataupun situasi-situasi tertentu yg dilalui oleh anda berdua.Ketika berhadapan dengan perasaan kesal atau sakit hati yg amat sangat,tak dapat dinafikan anda selalu meluahkannya dalam bentuk amarah.Tapi sebaiknya janganlah kemarahan itu diluahkan berlebihan hingga menimbulkan rasa kecil hati oleh pasangan.Selain itu harus diingat tidak semua perkara yg membuatkan anda berasa kesal harus diekspresikan dengan cara marah kepada pasangan.Ada perkara yg boleh diselesaikan tanpa marah-marah terutama bila berkaitan dengan perkara yg sensetif buat pasangan.Selesaikan dengan cara perbincangan tanpa perlu meninggikan suara.Bagi isteri sikap selalu marah-marah pada pasangan akan dilihat seperti tidak menghormati suami sendiri.Lagipun ketika marah-marah fikira dikuasai oleh emosi yg begitu besar sehingga sukar unruk anda memfokuskan fikiran.Itulah sebabnya apabila anda marah,kita lupa apa yg diucapkan sehingga tidak menyedari kata-kata yg terkeluar dari mulut ketika itu menyinggung perasaan pasangan.Lagipun,ekspresi kemarahan biasanya akan turut menimbulkan rasa marah pasangan anda pula.Dalam keadaan fikiran yg tidak fokus seperti itu,bagaimana anda berdua boleh menyelesaikan masalah yg dihadapi? Oleh itu cubalah untuk menenangkan amarah sebelum membicarakan masalah yg anda hadapi.

2. SERING MENGKRITIK;
Tiada manusia yg diciptakan Tuhan sempurna.Masing-masing pasti memiliki kekurangan.Begitu juga pasangan dan tentunya anda sendiri.Ramai yg berfikiran bahawa dengan mengkritik kekurangan pasangan beerti kita telah menolongnya memperbaiki kekurangan yg ada pada dirinya.Dalam pada itu kritikan yg diberi pula selalunya tajam kerana pada mereka supaya kritikan berhasil maka ia harus tajam dan pedas.Tapi masalahnya kritikan tajam itu selalunya dianggap oleh pasangan sebagai menghina.Akibatnya sekali lagi pasangan akan berkecil hati dan memendam rasa.Oleh itu sebelum mengkritik pasangan fikirkanlah dulu perkataan atau ayat yg akan digunakan.Tahan lidah anda dari mengeluarkan sesuatu yg bernada tajam dan berkemungkinan menyakiti hati pasangan.

3.BERCERITA KEBURUKKAN PASANGAN;
Dalam asyik berborak atau berkongsi cerita dengan teman tanpa sedar ramai suami atau isteri telah mempekatakan banyak perkara tentang pasangan masing-masing kepada orang lain.Mungkin tujuannya tidak buruk,misalnya,sebagai bahan bualan yg menyeronokkan tapi masalahnya,hal-hal yg diceritakan itu selalunya meliputi kekurangan-kekurangan pasangan yg sebenarnya tidak patut diceritakan kepada orang lain.Anda mungkin berfikir,apa hubunganya menceritakan kekurangan pasangan kepada orang lain dengan keharmonian rumah tangga anda? Kalaupun tidak ada hubungannya,paling tidak,menceritakan kekurangan pasangan kepada orang lain sebagai bahan bualan tidak akan membantu anda menyelesaikan persoalan rumah tangga anda.Dengan kata lain,tidak ada gunanya.Menceritakan kekurangan pasangan anda kepada orang lain ibarat membuka pekung di dada sendiri apatah lagi dalam hal yg cukup peribadi seperti urusan bilik tidur.Anda telah menceritakan rahsia rumah tangga anda yg seharusnya disimpan oleh anda dan suami kepada orang lain.Jika hal ini disampaikan pula oleh rakan anda pada pasangan sebagai bahan gurauan sudah tentu pasangan anda akan tersinggung.Selain itu,teman-teman anda juga mungkin akan kurang menghargai pasangan anda kerana kekurangan-kekurangan yg telah mereka dengari dari mulut anda sendiri...
king queen
Back to top Go down
https://nadinasa.forumotion.com
 
3 PANTANGAN CIPTA RUMAH TANGGA HARMONIS
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM JOM!! :: Your first category :: RUMAH TANGGA HARMONIS-
Jump to: