NadNadia
Number of posts : 6 Age : 40 Localisation : dublin,ireland & putrajaya Registration date : 2007-07-10
| Subject: petua ilangkan jerawat! Tue Jul 10, 2007 3:29 pm | |
| Sebenarnya banyak petua atau tips untuk menghilangkan jerawat...tak kisah ler, apa jenis jerawat sekalipun, jerawat batu, nanah, pasir dan...(mcm2 ada).
Cara Pertama : Anda boleh menggunakan lipstik, tak kisah apa jenis, atau warna apa. Caranya, setelah muka bersih dicuci, coles sedikit gincu anda ke jerawat dan amalkan selalu, insyallah, jerawat akan hilang tanpa tinggallkan parut di wajah.
Cara Kedua : Celak Mekah bukan sahaja digunakan untuk merias mata, tetapi merawat jerawat, x percaya? Cuba sapu sedikit serbuk celak Mekah ke atas jerawat anda selama beberapa hari....nah lihat ternyata berhasil.
Cara Ketiga : Cara yang paling popular, gunakan daun lidah buaya, ambil lendir dan sapu, jerawat akan terasa sejuk dan akan kecut sendiri, paling penting daun lidah buaya sama sekali sifar parut.
Itu antara petua/tips yang saya peroleh dr nenek, dan orang2 tua..Keberkesanan? Kalau kita yakin dengan apa yang dilakukan kerana ALLAH, insyallah, setiap apa yang kita usahakan, ALLAH kurniakan hasilnya..
SELAMAT MENCUBA!! | |
|