FORUM JOM!!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM JOM!!

Horoskop
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 KEKESALAN TIADA PENGHUJUNGNYA

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin



Number of posts : 47
Registration date : 2007-07-10

KEKESALAN TIADA PENGHUJUNGNYA Empty
PostSubject: KEKESALAN TIADA PENGHUJUNGNYA   KEKESALAN TIADA PENGHUJUNGNYA Icon_minitimeFri Jul 20, 2007 3:59 pm

Kata pepatah
'sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya'.
'ikut hati mati ikut rasa binasa'.
Namun begitu masih ramai yg alpameskipun saban hari pelbagai kisah hitam masyarakat dipaparkan bertujuan untuk memberikan kita peringatan serta panduan tentang sempadan yg perlu disedari dalam hidup ini.Jangan sangka bahawa apa yg didengar dan dibaca itu tidak boleh terjadi ke atas diri kita.Isu-isu masyarakat seperti bohsia,rempit,seks rambang,penceraian,pelacuran,bersekedudukan,zina,rogol,bunuh,dan banyak lagi berlaku hampir setiap hari.Kita semua dikelilingi oleh kisah-kisah ini sama ada secara dekat atau jauh yg memerlukan kita berhati-hati dalam menongkah arus kehidupan.Kenapa ia berlaku juga?

ANTARA SEBAB KENAPA SESEORANG ITU MUDAH TERJEBAK DENGAN PELBAGAI MASALAH SOSIAL IALAH;
1. TERLALU IKUTKAN PERASAAN
Orang muda darahnya panas,nafsunya bergelora,sifat ingin tahunya meluap-luap dan sikap ingin mencubanya tidak terdaya untuk disekat.Apabila seseorang itu terlalu ikutkan kehendak hati dan perasaannya maka akal dan pertimbangannya mula cetek lebih-lebih lagi wanita itu dipengaruhi oleh sembilan nafsu dan satu akal.Sebab itulah perasaan perlu diadili dan dihalusi sebaik-baiknya oleh akal.Apabila terlinatas untuk melakukan sesuatu yg buruk maka tangguhkanlah dahulu niat itu dan insyaALLAH dengan menangguhkannya akan mendorong kita menimbang semula niat tersebut.Langkah baik ialah sentiasa berhubung dan meminta nasihat serta doa orang tua.

2. KURANG DIDIKKAN AGAMA
Sedangkan yg dididik dari segi agama yg tumbang inikan pula kalau tiada atau lemah didikan agamanya.Yg penting bukan sekadar tahu mengaji dan bersolat tetapi kita perlu sedar akan tujuan penciptaan manusia itu sendiri iaitu untuk mengabdikan diri kepada Tuhan.Yg penting bukan sekadar iman tetapi taqwa.Sebab iman sekadar percaya adanya ALLAH tetapi taqwa membuatkan seseorang itu dapat rasakan kewujudan ALLAH dan takutkan ALLAH.Takut akan azab dan siksa neraka yg disediakan untuk hamba-hambanya yg engkar.Mendapat kelulusan yg tinggi dalam agama tidak akan lengkap tanpa sifat taqwa ini.Dengan kekuatan taqwa dan ikhlas dalam segala urusan maka kita mampu menjadi manusia yg hebat mengharungi setiap dugaan dan cabaran yg mendatang.

3. MAHUKAN KESENANGAN MUDAH
Manusia mudah rambang mata dengan kesenangan dunia.Menyedari adanya manusia yg mudah rambang mata inilah maka ada orang yg mengambil kesempatan memancing dengan mengumpankan kemewahan.Sebelum kita menyesal kemudian cuba tanyakan diri beberapa soalan yg penting iaitu, "Adakah semua ini sebenarnya yg aku cari dalam mengharungi kehidupan yg panjang yg memakan usia puluhan tahun ini?". "Apakah nilai pengorbanan yg perlu aku berikan untuk memperoleh semua itu berbaloi?" Sekiranya kita tanya diri kita dengan jujur maka jawapannya pasti tidak! Oleh itu bersabarlah kerana tidak semua yg kita mahukan di dunia ini mampu kita miliki dan sesuatu yg datangnya terlalu mudah biasanya merosakkan.

4. TERLALU PERCAYA
Ada orang yg terlalu mudah mempercayai orang lain hinggakan diambil kesempatan.Sikap terlalu percaya ini ada mudaratnya.Ada juga janji manis atau khabar gembira yg datang kepada kita perlu diselidiki akan sumbernya serta orangnya.Bayangkan berapa kerap kita dengar rintihan gadis yg kesal kerana terlanjur akibat terlalu percaya akan janji bahawa akan diaajak berkahwin.Orang lelaki menjual cinta untuk nafsu dan orang perempuan pula sanggup membeli cinta dengan nafsu.Tetapi antara lelaki dan perempuan maka risiko besarnya ialah perempuan.Jadi sebelum berlaku apa-apa eloklah diingatkan kembali bahawa mahkota diri itu hanya satu,maruah diri itu tinggi tempatnya dan jangan digadaikan dengan janji-janji semata-mata.Perkataan I LOVE YOU bukan satu lesen yg membolehkan seseorang itu melakukan apa sahaja atas diri kita.

5. TIDAK FIKIR PANJANG
Kita hanya mahukan kesenangan hari ini semata-mata tanpa menghiraukan bahawa perjalanan hidup ini masih jauh.Malah titik-titik hitam hidup kita berkemungkinan bakal menhantui fikiran selagi nyawa masih ada.Ramai orang yg terpaksa lalui kehidupan dengan dibayangi kisah silam dan ini cukup menyakitkan.Jadi kenapa mesti wujudkan masalah sekiranya belum terlibat.Fikirkan tanggung jawab agama yg kita pikul.Fikirkan orang tua yg melahirkan dan membesarkan serta kasih sayang orang yg ada disekeliling kita.Usah musnahkan kepercayaan yg diberikan kepada kita hanya kerana keseronokan yg sementara.

6. PENGARUH LUARAN
Ramai juga yg musnah kehidupannya kerana kejutan budaya.Berhati-hati dengan siapa kita bergaul kerana ia boleh membina atau membinasa.Salah pilih kawan musnah masa depan.Kajian menunjukkan ramai remaja yg terjebak dengan pelbagai masalah sosial kerana ikut kawan.Sebab itulah sebelum memilih kawan kita perlu ada prinsip tentang persahabatan dan menggariskan ciri-ciri orang yg bagaimana untuk dijadikan kawan.

7. SEBAB BOLEH BERTAUBAT
Ada orang tidak kisah hidup dalam maksiat sebab katanya boleh bertaubat.Fikirnya ALLAH itukan Maha Pengampun,jadi bolehlah dia bersihkan dosanya satu hari nanti dengan bertaubat.Betul ALLAH itu Maha Pengampun tetapi persoalannya apakah begitu mudah untuk ALLAH menerima taubat kita? Apatah lagi kalau ia datang dari diri seseorang yg awal-awal lagi mempunyai niat yg serong tentang erti taubat.Persoalannya lagi,apakah kita tahu bila mati kita? Jadi,kikis cara fikir bahawa esok lusa boleh bertaubat sebab jalan paling selamat ialah dengan tidak terlibat langsung dengan cara hidup yg tidak mematuhi hukum.
Back to top Go down
https://nadinasa.forumotion.com
 
KEKESALAN TIADA PENGHUJUNGNYA
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM JOM!! :: MOTIVASI..!-
Jump to: