FORUM JOM!!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM JOM!!

Horoskop
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 KEBESARAN HARI JUMAAT

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin



Number of posts : 47
Registration date : 2007-07-10

KEBESARAN HARI JUMAAT Empty
PostSubject: KEBESARAN HARI JUMAAT   KEBESARAN HARI JUMAAT Icon_minitimeThu Jul 19, 2007 11:51 am

Apabila ALLAH berkata kepada para malaikat yg IA akan menjadikan Khalifah di muka bumi maka sekalian para malaikat pun membangkang.Tindakan malaikat ini telah menimbulkan kemurkaan ALLAH.Maka para malaikat pun segera memohon ampun dari ALLAH dngan mengelilingi 'Arasy sebanyak 7 kali sehinggalah ALLAH mengampunkan mereka.Setelah itu ALLAH memerintahkan malaikat agar mendirikan sebuah rumah di bumi yg andainya anak-anak Adam melakukan dosa maka mereka bolehlah mengelilingi rumah itu sebanyak 7 kali ( Baitullah-Kaabah ).Maka turunlah malaikat ke bumi membina Kaabah.Setelah siap ALLAH mengangkatnya ke angit yg keempat ketika DIA menjadikan banjir.ALLAH juga menjadikan sebuah menara disamping Kaabah yg dinamakan Baitul Makmur.Panjang menara ini 500 tahun perjalanan.Bila tiba setiap hari Jumaat akan naiklah malaikat Jibrail a.s. ke menara Baitul Makmur itu lalu melaungkan azan.Manakala malaikat Israfil a.s. naik ke atas mimbar dan berkhutbah sementara malaikat Mikail a.s. menjadi imam bagi sekalian para malaikat.Setelah selesai solat berkata malaikat Jibrail a.s. "Pahala yg aku dapati dari solat berjemaah ini aku berikan kepada pembaca khutbah yg berada di bumi."Berkata malaikat Mikail pula,"Pahala yg aku perolehi sebagai imam ini kuberikan kepada mereka yg menjadi imam di bumi pada hari Jumaat." Berkata sekalian para malaikat,"Pahala yg kami dapati dari solat berjemaah ini kami berikan kepada mereka yg menjadi makmum di belakang imam." Berkata ALLAH, "Wahai sekalian malaikatKU! Adakah kamu lebih pemurah kepada hambaKU dariKU,sedangkan AKUlah Yang Maha Pemurah dari segalanya.Bersaksilah wahai para malaikatKU,AKU telah mengampuni mereka semua khususnya untuk umat ini dan umat yg terdahulu tidaklah mendapat keistimewaan ini."
Back to top Go down
https://nadinasa.forumotion.com
 
KEBESARAN HARI JUMAAT
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» KEBESARAN AYAT KURSI
» KITA BERTELANJANG DI HARI KIAMAT?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM JOM!! :: Your first category :: KISAH & TAULADAN..!-
Jump to: