Al Ahnaf b. Qais tergolong dalam golongan ulamak yg terkenal di zaman hidupnya. Pada suatu hari datang seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung kerumahnya.Rumah Al Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutama oleh anak-anak murid dan sahabat handainya.Mereka yg datang itu adalah untuk berguru dan menuntut ilmu daripada beliau.Walau bagaimanapun kedatangan pemuda dari suku Tai'yi ini amatlah menarik perhatian Al Ahnaf,Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan berbeza dari pemuda yg sebaya dengannya.Lalu Ahnaf pun bertanya, "Wahai anak muda! Adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?" Jawab pemuda, "Memang benar,saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu jika bercakap saya tidak pernah berbohong.Kalau ada orang yg sedang bercakap saya hanya duduk diam dan mendengar.Jika saya berjanji,akan saya tepati janji itu dan jika saya diberikan sesuatu amanah,saya tidak akan mengkhianatinya. Mendengar jawapan yg bernas itu maka berkatalah Ahnaf, "Benar akan kata-katamu itu wahai anak muda,sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak mulia."