FORUM JOM!!

Horoskop
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 SEJAUH MANA KUASA "AKU CINTA PADAMU"

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Number of posts : 47
Registration date : 2007-07-10

PostSubject: SEJAUH MANA KUASA "AKU CINTA PADAMU"   Sat Jul 14, 2007 4:23 pm

CINTA KADANGKALA SUKAR DIUCAPKAN DENGAN KATA-KATA.TAMBAHAN PULA LELAKI.MEREKA MEMANG SERING BERASA KEKOK UNTUK MENYEBUT KATA "I LOVE YOU" PADA PASANGANNYA.ANDA SENDIRI BAGAIMANA?ADAKAH SUKAR JUGA UNTUK MENEBUTKAN KATA-KATA KERAMAT ITU?JIKA INI YG ANDA ALAMI,ADA CARA LAIN BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENYATAKAN CINTA KEPADA PASANGAN.

Anda boleh mengikuti cara-cara ini,dan suatu hari kelak,pasangan juga akan mengikuti cara itu untuk meluahkan rasa cintanya kepada anda.

SENTUHAN FIZIKAL;
Untuk meningkatkan kemesraan antara suami isteri,sentuhan fizikal seperti membelai atau mengusap lembut tubuh pasangan membawa maknanya tersendiri pada pasangan anda.Cuba anda mulakan dengan mengusap kening dan rambutnya sebelum tidur.Anda juga boleh melakukan usapan ini ketika sedang bersantai berdua-duaan.Lakukan secara perlahan tetapi dalam mesra yg sekejap.Jangan terlalu tergesa-gesa,seolah-olah anda hanya mahu 'berbasa-basi'.Tetapi awas,jika terlalu perlahan atau terlalu lama pila,si dia akan terasa dirinya diperlakukan seperti anak kecil.

BERI PERHATIAN PADA PERKARA REMEH;
Anda boleh membuat kejutan kecil.Misalnya memasakkan makanan kegemarannya atau menggantikan bateri jam tangannya,jika anda tahu jam tangannya sudah kehabisan bateri.Selain itu,anda boleh bertanyakan perkara-perkara biasa,ketika dia pulang dari kerja.Contohnya,"Sayang,bagaimana pekerjaan hari ini?" Pertanyaan mestilah dengan wajah dan intonasi yg lembut.Elakkan gaya pertanyaan seperti menyelidik sehingga dia terasa dirinya sedang disiasat.

CIPTA SUASANA KEBERSAMAAN;
Di antara 24 jam sehari,luangkan waktu untuk berdua-duaan dengannya,sama ada sebelum menjelang waktu tidur atau ketika bersarapan di waktu pagi.Elok juga jika anda meluangkan masa cuti hujung minggu anda berdua dengan melakukan aktiviti yg membabitkan anda berdua,atau sekadar berbual-bual tentang kehidupan masa depan mahupun mengenang semula masa lalu yg meninggalkan kenangan manis buat anda berdua.Aktiviti yg boleh anda lakukan bersama adalah membasuh kereta atau berkebun.Anda akan terasa sangat tenang dan bahagia apabila melakukan perkara-perkara yg disukai secara berdua.Kesan terhadap jiwa juga amat mendalam.Anda akan terasa,betapa beruntungnya kerana mendapat pasangan yg serasi dan memahami.Tanpa ucapan 'aku cinta padamu' pun anda atau si dia sudah tahu,bahawa anda saling menyintai antara satu sama lain.Cubalah...

UCAPAN TERIMA KASIH;
Seperti pujian,anda juga jangan kedekut mengungkapkan terima kasih kepada orang yg anda cintai.Setiap kali dia menolong atau membuat perkara-perkara yg baik,walau sekecil mana pun,ucapkan terima kasih dengan tulus ikhlas,bukan sekadar untuk mengambil hati.Biasakan diri dengan amalan ini dan biarkan ia menjadi salah satu sifat baik dalam diri anda.Percayalah,sekiranya anda selalu mengucapkan kata terima kasih di atas pertolongannya,dia pun tidak akan ragu-ragu melakukan perkara yg sama kepada anda.Dan cinta kasih anda berdua pun semakin kukuh.

BEREMPATI;
Kesemua panduan yg diberikan ini,adalah bentuk pernyataan cinta yg dapat dirasai oleh pasangan.Mungkin ramai di antara anda sudah pun melakukannya tetapi tidak secara berterusan.Mungkin dilakukan secara berkala atau ketika waktu-waktu istimewa sahaja.Mulai sekarang,jadikan amalan-amalan atau panduan yg diberikan ini sebagai satu kebiasaan untuk anda.Jika ia sudah sebati,kelak pasangan juga akan melakukan perkara serupa.Akhirnya anda berdua akan sedar bahawa bukan hanya dengan ucapan sahaja seseorang itu boleh membuktikan cintanya.Dan cinta tidak akan lahir sejati,hanya melalui ucapan tanpa tindakkan.Apa guna di bibir berkata cinta,tetapi perlakuan tidak membuktikannya.Renungkanlah....
Back to top Go down
View user profile http://nadinasa.forumotion.com
 
SEJAUH MANA KUASA "AKU CINTA PADAMU"
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» When & by whom "Failure of Bidding" may be declared.
» Today Tonight - Friday 8th July - 7pm - "Fatter than fat" Discrimination Story
» "Empty Gut Syndrome" explained- Interesting!
» December 12, 2011 1:09 PM PRINT TEXT Obama: We leave Iraq with "heads held high"
» U.S. to Iraq: don't "blow this opportunity"

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM JOM!! :: Your first category :: RUMAH TANGGA HARMONIS-
Jump to: